Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghargai kebebasan yang diberi Perdana Menteri kepada Sarawak dalam membuat keputusan sendiri demi kemajuan kedua-dua pihak.
Mengibaratkan masyarakat berbilang bangsa di Bumi Kenyalang sebagai keluarga Sarawak yang kecil di bawah naungan Keluarga Malaysia yang besar, Abang Jo juga berharap segala perbezaan pendapat antara kerajaan negeri dan persekutuan diselesaikan secara muhibah.